1: Russian Mafia yang berakar di Russia ini
memiliki pengaruh di seluruh dunia.
Organisasinya diwakili oleh 100,000
hingga 500,000 anggota. Mereka
terlibat dalam berbagai jenayah
terancang di negara-negara seperti
Israel, Hungary, Spain, Canada, UK, US,
Russia dan banyak lagi. Mereka juga
berpindah ke Israel, Amerika, dan
Jerman dengan menggunakan identiti
rakyat Jerman atau Yahudi. Aktiviti
mereka meliputi perdagangan dadah
dan senjata api, pengeboman,
penyelundupan, pornografi, penipuan
internat dan lain-lain lagi. Salah satu
peraturan mereka adalah “tidak akan
bekerja sama dengan pihak berkuasa”.
Jika ada anggota yang membocorkan
maklumat ketika ditahan oleh pihak
polis, mereka akan dibunuh setelah
dibebaskan. Organisasi ini ditakuti
kerana akan membunuh sesiapa sahaja
dengan apa jua sebabnya.
2: Sicilian and American Cosa Nostra
boleh dikatakan sebagai kumpulan yang
masih baru. Mafia ini ditubuhkan pada
suku kedua abad ke-19 di Itali.
Walaupun masih berusia “muda”, mafia
ini memiliki kemampuan yang hebat
dalam melaksanakan jenayah besar dan
mampu meloloskan diri. Aktiviti mereka
meliputi perlindungan ahli,
perdagangan dadah dan senjata.
Anggota mafia ini hanya sedikit,
berjumlah antara 3,000 hingga 4,000
orang. Namun, anggota-angota mafia
ini biasanya berpakatan dengan pihak-
pihak lain diluar kumpulan mereka.
Anggota organisasi biasanya harus
menyelesaikan satu tugas yang
diberikan kepadanya sebelum diterima
masuk, selalunya mereka akan
ditugaskan untuk membunuh seseorang
bagi membuktikan kelayakannya. Setiap
anggota organisasi harus mengikuti
peraturan untuk tidak membocorkan
mengenai organisasi.
3: Colombian Drug Cartels ditubuhkan
bagi mengawal perdagangan dadah.
Organisasi ini beroperasi di banyak
negara. Organisasi ini juga memiliki
banyak sokongan dengan dunia politik,
tentera dan golongan elite secara
rahsia. Kumpulan kartel utama yang
ada di Colombia diantaranya adalah the
Cali Cartel, Medellin Cartel dan the
Norte del Valle Cartel. Organisasi ini
juga terlibat dalam berbagai jenayah
penculikan dan pengganas.
4: Chinese Triads terdiri dari berbagai
organisasi jenayah yang bertumpu di
China, Malaysia, Hong Kong, Taiwan,
Singapore, dan selainnya. Mereka juga
aktif di New York, Los Angeles, Seattle,
Vancouver dan juga San Fransisco.
Aktiviti jenayah mereka meliputi
perompakan, pembunuh upahan,
pedagangan dadah, pemerasan, lintah
darat dan banyak lagi. Organisasi ini
bermula pada abad ke-18 dan asalnya
bernama Tian Di Hui. Walaupun
kekuatan organisasi ini terus meningkat,
namun jenayahnya semakin berkurang.
Organisasi ini setidaknya memiliki
30,000 anggota aktif. Organisasi ini juga
terlibat dalam pemalsuan mata wang
China.
5: Japanese Yakuza adalah kumpulan
organisasi jenayah yang berasal dari
Jepun, sering menggunakan ancaman
dan pemerasan bagi mencapai tujuan
mereka. Organasasi ini dipercayai
ditubuhkan sejak abad ke-17. Jari
kelingking yang dipotong merupakan
tanda keanggotaan organisasi ini.
Kadang-kala pemotongan jari adalah
sebagai tawaran kepada pemimpin
kumpulan sebagai tanda permohonan
maaf. Sebahagian anggota mafia ini
memiliki tatu di seluruh bahagian
badan. Mafia ini memiliki sekurangnya
110,000 anggota aktif yang berasal dari
2,500 keluarga. Aktiviti mereka meliputi
perlindungan terhadap kumpulan,
pengimport material pornografi yang
tidak ditapis dari Eropah dan Amerika,
pelacuran dan pendatang asing.
6: Mexican Mafia merupakan kumpulan
dalam penjara yang sangat kuat di
Amerika Syarikat. Kumpulan mafia ini
ditubuhkan pada akhir 1950-an bagi
melindungi para tahanan (anggota
kumpulan) dari tahanan lainnya atau
dari petugas penjara. Kumpulan ini
terlibat dalam aktiviti pemerasan dan
perdagangan dadah. Sehingga kini
organisasi ini setidaknya memiliki
30.000 anggota di seluruh Amerika
Syarikat. Anggota kumpulan ini biasanya
menunjukkan tatu yang serupa iaitu
bendera Mexico di atas lingkaran dan
pisau bersilang yang terbakar.
Dilaporkan bahawa terdapat 150
anggota yang berada di dalam penjara
yang memiliki kuasa untuk
memerintahkan pembunuhan dan
terdapat tidak kurang 2.000 kumpulan
di luar penjara yang bersiap sedia
untuk melaksanakan perintah tersebut.
Mereka jua memaksa kumpulan lain
yang lebih lemah untuk membayar
wang perlindungan, bagi yang menolak
akan dibunuh.
7: Israeli Mafia beroperasi di banyak
negara dengan pelbagai aktiviti seperti
perdagangan narkotik dan dadah serta
perlacuran. Dahulu mafia ini dihormati
dan dikenali kerana perlindungannya,
namun sekarang dikenali sebagai sangat
bengis dan tidak akan berfikir dua kali
untuk melakukan pembunuhan. The
Russian-Israeli Mafia telah memasuki ke
dalam seluruh bahagian sistem politik
di Amerika Syarikat.
8: The Serbian Mafia beroperasi lebih dari
10 negara, termasuk Jerman, Amerika
Syarikat, England, dan Perancis. Mereka
terlibat dalam berbagai aktiviti seperti
perdagangan dadah, penyeludupan,
pembunuhan, perlindungan jaringan,
perjudian, dan pencurian informasi.
Mafia ini memiliki oleh kumpulan utama
disebut Vozdovac, Surcin and Zemu
yang akan mengatur kumpulan yang
lebih kecil. 30-40% kumpulan mafia ini
berada di Serbia.
9: The Albanian Mafia terdiri dari
kumpulan organisasi kriminal yang
bertapak di Albania. Kumpulan mafia ini
juga aktif di Amerika Syarikat dan di
negara-negara Eropah. Dilaporkan
bahawa The Albania Mafia telah
melebarkan jaringannya hingga ke
peringat antarabangsa sejak tahun
1980-an lagi. Jenayah yang dilakukan di
Albania sendiri bermula sejak abad
ke-15. Di Amerika Syarikat dan England,
organisasi ini memiliki jaringan
perdagangan dadah dan seks. Mereka
dikenali mudah untuk melakukan
kekerasan sebagai membalas dendam
atau sebagai ancaman.
10: Jamaican-British Yardies adalah
kumpulan berasal dari Jamaica yang
berpindah ke England pada tahun 1950-
an. Mereka terlibat dalam berbagai
bentuk kekerasan berkumpulan dan
dikenali sebagai Yardies. Mereka juga
mengatur organisasi jenayah seperti
perdagangan ubatan terlarang dan
berbagai jenayah bersenjata lainnya.
Kelompok mafia ini belum mencuba
untuk memasuki sistem perhukuman,
oleh kerana itu Yardies dianggap kurang
berpengaruh berbanding kumpulan
mafia lain. Dalam setiap jenayahnua,
kumpulan ini menggunakan senjata api,
yang merupakan senjata yang dikawal
ketat oleh kerajaan British.

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.