OTTAWA - Seorang lelaki yang
dilaporkan pernah dibuang negeri dari
Arab Saudi kerana terlalu kacak
mendapat tuah yang tidak disangka
apabila menerima sebuah kereta
Mercedes daripada peminat misterinya.
Omar Borkan al-Gala, 23, pernah
dibuang dari negara asalnya kerana
terlalu kacak hingga dibimbangi akan
menarik perhatian ramai wanita.
Namun, beliau bijak menggunakan
kelebihan yang ada padanya dengan
memilih kerjaya sebagai model.
“Saya menerima hadiah Mercedes G55
sempena sambutan harijadi saya
daripada seorang wanita misteri,”
katanya kepada majalah In Touch.
Selain menerima hadiah, Omar juga
dikatakan kini mula membina tapak
dalam kerjaya lakonan apabila
membintangi sebuah filem pendek
bersama bintang terkenal Navid
Negahban.

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.