Gambar 'Black Out' Hari Mengundi Hanya
Fitnah Dan Lakonan - SPR
Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di
internet menunjukkan kononnya berlaku
insiden lampu padam semasa pengiraan undi
pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5
Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu
dirakamkan sebelum PRU13 lagi."Mereka
telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan
raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai
helah bagi menunjukkan kononnya berlaku
kejadian lampu padam, sedangkan ini semua
cerita karut.
"Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya
petugas SPR sedang mengira kertas undi dan
terpaksa menggunakan lampu bantuan
kerana lampu padam sedangkan petugas itu
langsung tidak memakai baju SPR," katanya
kepada Bernama ketika ditemui baru-baru
ini.
Beliau berkata bukti paling nyata apabila
gambar tersebut menunjukkan terdapat
ramai pemberita dan jurugambar berada di
dalam tempat pengiraan undi sedangkan
hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh
berada di tempat tersebut melainkan petugas
SPR dan ejen calon.
"Prosedur Operasi Standard (SOP) dan
tatacara kerja seperti yang ditunjukkan oleh
gambar itu langsung tidak betul... mereka
sudah terlupa, hendak menipu tetapi tidak
faham tatacara kerja dan tidak matang.
"Malah dulang yang digunakan untuk meletak
kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan
dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam
gambar tidak ikut SOP SPR," katanya.
Sebarkan!!  Sebarkan!!  Cari individu ini yg sanggup berlakon semata utk wang yg tidak seberapa..
Siasat dan dedahkan semuanya, biar rakyat yg selama ini tertipu akan tahu segala penipuan ini.. Inilah taktik pemalsuan dari Red Bean Army.. 
Siapa individu ini?
Wartawan dari journalist mana yg dibenarkan berada di sini waktu itu?  Ada mana mana wartawan yg mengakuinya? mengeluarkan cerita ini dlm akhbar masing masing?
Kelihatan mcm kotak limau sahaja yg digunakan.. mmg tak ada klass lah!!

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.