Kecoh seketika apabila gambar sejadah
yang mempunyai muka BABI tersebar di
media sosial semalam.Beberapa blog
sudah pun memuat naik entri berkaitan
dan ada diantaranya yang melahirkan rasa
mushkil dengan apa yang sedang berlaku.
Apakah ianya tidak di sengajakan atau
merupakan satu perancangan licik pihak-
pihak tertentu bertujuan untuk
mencemarkan kesucian agama Islam
khususnya di Malaysia.Sejauh mana
kesahihanya , kami sendiri kurang pasti
namun melalui sedikit carian di internet
jelas ianya sering sahaja berlaku malah
sebelum ini pun sudah ada kejadian yang
sama berlaku.
Lebih dasyat apabila gambar adegan seks
pun pernah di kesan di sejadah
Harapan semoga pihak berkuasa dan
agensi-agensi yang sepatutnya lebih
berhati-hati selepas ini kerana kita tidak
lagi mahu perkara sebegini terus-terusan
berlaku.
Ini merupakan sebahagian daripada
tindakan menghina Islam dan persoalannya
angkara siapa ?

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.