" Anwar pernah menjadi orang penting dalam kerajaan Malaysia,SPR yg sama jugalah digunakan olehnya untuk menentukan demokrasi berjalan di Malaysia. Kalau dulu semuanya kena,mengapa hari ini tidak?, Pelik bin Ajaib sekali sikap seorang manusia yg meletakkan kepentingan diri lebih dari kepentingan negara "
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~TINDAKAN Anwar Ibrahim menentang
undang-undang dan peraturan yang lazim
terpakai dalam negara demokrasi adalah
suatu jalur anarki. Anarki adalah suatu
konsep bertindak di luar batas demokrasi.
Apabila proses demokrasi tidak
menyebabkan hala tuju perjuangan
peribadinya tercapai jalan yang dipilih
bukan demokrasi peti undi tetapi bertukar
menjadi demonstrasi jalanan. Sifat anarki
ini adalah disorderly .
Fahaman pasca-modenisme antara lain
menolak otoriti, baik otoriti sesebuah
kerajaan sedia ada mahupun otoriti
agama. Dari sebuah kerajaan yang beraja
ingin ditukar kepada kerajaan republik.
Dari sebuah otoriti yang berasaskan
agama dan sistem nilai ingin ditukar
kepada sebuah kehidupan yang
berasaskan hak asasi tanpa dukungan
agama.
Ia juga menolak hiraki. Dari kehidupan
sebuah keluarga yang ada ibu, ayah dan
anak kepada suatu pola kekeluargaan
berasaskan pola gay dan lesbian. Lesbian,
gay, biseksual dan transgender (LGBT)
menjadi sesuatu yang sudah
diperundangkan di Barat dan bakal
mencabar kehidupan kekeluargaan
masyarakat beragama termasuk di
Malaysia.
LGBT sedang diperjuangkan oleh pihak
tertentu di Malaysia. Bermula dengan
fahaman liberalisme agama kemudian
kepada pluralisme agama dan kemudian
kalimah Allah dan kalimah-kalimah lain
boleh digunakan oleh agama lain dan
akhirnya arah fahaman agama akan
bercelaru dan melahirkan generasi yang
keliru. Lalu orang akan mempertikaikan
hadirnya agama dalam kehidupan dan
memilih hidup tanpa agama atau memang
agama dilihat sebagai penghalang
kemajuan.
Anwar sejak zaman mudanya di Universiti
Malaya memilih jalan yang bercanggah
dengan peraturan universiti. Demonstrasi
menjadi gaya perjuangannya terhadap
sesuatu. Demonstrasi besar-besaran
Baling 1974 suatu testimoni anarki
bagaimana dikatakan ada orang mati
kebuluran di sana dan kesannya adalah
politik jalanan berlaku di Kuala Lumpur
dan universiti-universiti.
Semasa dalam kerajaan 1982-1997, Anwar
tidak menyenangi demonstrasi terutama
sewaktu menjadi Menteri Pelajaran dan
Timbalan Perdana Menteri. Dia amat tidak
senang dengan pelajar-pelajar yang anti-
establishment . Tahun 1998 selepas dipecat,
reformasi dalam bentuk demonstrasi
jalanan berada di puncak akibat tidak
puas hati dipecat atas tuduhan liwat dan
rasuah. Anwar menjelajah ke seluruh
negara sehinggalah beliau diamankan di
penjara Sungai Buloh.
Sewaktu di Amerika Syarikat selepas
dibebaskan dari tahanan sekitar 1986-1988
beliau dilantik sebagai Pengarah The
Foundation of the Futures oleh pihak
sana dan mempunyai hubungan yang erat
dengan ahli-ahli kongres dan pelobi
Yahudi.
Selepas tsunami politik 2008, Anwar aktif
semula dalam politik Malaysia dan
memperkenalkan strategi Bersih politik
jalanan menghadapi pihak yang berotoriti.
Pendirian yang diambil semasa dalam
kerajaan sama sekali tidak sama dan
kenyataan terhadap DAP dan Pas jauh
lebih ekstrem. Semasa dalam pakatan
pembangkang pendirian itu berubah.
Semuanya menjadi baik.
Jalur anarki yang ada pada Anwar
memang sudah sebati. Ia akan muncul
bila cita-cita peribadi politiknya tidak
kesampaian. Dengan bakat pidato yang
dimilikinya, dia menjadi tokoh
penglipurlara yang sangat hebat dan
mencetuskan kebencian yang mendalam
terhadap kerajaan yang memerintah.
Sebelum PRU-13, sikap anarkisnya lebih
menonjol. Dia sangat yakin menang dan
lonjakan kempen Ini Kalilah dan UBAH
menimbulkan kesedaran baru orang Cina
terutama di bandar meninggalkan MCA
dan Gerakan kerana Lim Kit Siang bakal
ditabalkan menjadi Timbalan Perdana
Menteri. Telah sekian lama Anwar
bercita-cita untuk menawan Putrajaya,
malah dalam ceramahnya beliau
menyebutkan bakal mengangkat sumpah
pada 6 Mei. Malangnya, takdir tidak
menyebelahinya.
Lalu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
dipersalahkan. Dituduhnya ada undi
hantu, 40,000 pengundi Bangla diimport,
lampu di pusat pengiraan padam, isu
dakwat dan macam-macam lagi. Tetapi
mengapa tak ditunjukkan bukti dan
laporan kepada polis supaya aduan dan
petisyen dapat dibawa ke mahkamah.
Sekali lagi demonstrasi tanpa izin menjadi
pilihannya . Mengheret generasi muda
yang mudah terangsang dengan pidato
panas dan mengajar mereka tidak
menghormati undang-undang. Ia suatu
mesej yang salah terhadap orang muda
dan hari depan negara.
Anwar pernah menjadi orang penting
dalam kerajaan Malaysia. SPR yang sama
jugalah digunakan olehnya untuk
menentukan demokrasi berjalan di
Malaysia. Kalau dulu semuanya kena,
mengapa hari ini keadaan SPR serba tak
kena. Pelik bin ajaib sekali sikap seorang
manusia yang meletakkan kepentingan
diri lebih dari kepentingan peraturan
negara.
Mungkin ada hal peribadi yang Anwar
ingin perjuangkan yang tidak tertunai.
Kalau berada di puncak kuasa banyak
perkara yang boleh dilakukan.
Ironinya, negeri-negeri yang dikuasai
umumnya sudah mengangkat sumpah dan
membentuk barisan kepimpinannya
bagaimana bila mengangkat sumpah di
Parlimen nanti akan terus berada di
jalanan atau turut angkat sumpah sama
atau tidak mengangkat sumpah kerana
tidak mengiktiraf Pilihan Raya Umum
ke-13 sah dari segi undang-undang dan
perlembagaan. Sama-samalah kita tunggu.

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.