Surat dari seorang pendidik
DI SEKOLAH saya bekerja ada lebih 80
orang guru tetapi tidak sampai 10 peratus
yang pangkah BN, yang lain semua
pangkah pembangkang.
Malah seorang ustazah dengan bangga
mengatakan bahawa dia pangkah DAP,
kerana terlalu benci dan sakit hati kepada
UMNO.
Dalam bilik guru semua guru bercakap
tentang keburukan kerajaan.
Menghentam UMNO. Mereka maki hamun
kerajaan yang banyak menolong mereka.
Apa saja kerajaan buat semuanya salah.
Fenomena ini bukan saja berlaku di
sekolah saya malah sekolah seluruh
Malaysia dan jabatan kerajaan yang lain.
Saya tidak tahu apa masalah guru. Apa
lagi mereka mahu. Di mana fikiran logik
mereka sebagai seorang pendidik.
Kemudahan terbentang luas. Bukti
kejayaan di depan mata. Kebenaran sudah
nampak, tetapi masih termakan hasutan
pembangkang.
Duit tidak perlu cari cukup bulan cucuk
saja. Bila bajet semua bertenggek depan
TV nak tahu berapa bonus dapat. Orang
kampung kena cari duit. Pendapatan tidak
menentu. Tetapi mereka masih setia
kepada UMNO yang berteraskan Islam dan
Melayu.
Wahai guru belajarlah bersyukur dan
berterima kasih. DAP penipu besar. Buat
apa kita pangkah dia.
Dia guna PKR untuk menipu orang
Melayu. Tetapi orang Melayu berpolitik
sangat bodoh. Orang Cina sudah bersatu
untuk menentang Melayu, tetapi kita
berpecah belah. Buat fitnah sesama
sendiri.
Marilah kita bersatu. Inilah formula yang
terbaik untuk memperkukuhkan Islam
dan orang Melayu. Kalau DAP dan MCA
boleh berpakat dan bersatu, mengapa
orang Melayu bermusuhan.
Negara kita pelbagai kaum, kalau kita
tidak bersatu bangsa lain yang untung dan
mereka tepuk tangan.
Lihatlah bangsa kita sudah tidak terurus
dan porak-peranda.
Melayulah paling ramai menghasilkan
anak luar nikah dan buang bayi.
Melayulah paling ramai penagih. Bangsa
apa yang menjadi peragut dan siapakah
mat rempit, bohjan dan bohsia?
Sumbang mahram berlaku sana sini.
Lihatlah berapa ramai anak Melayu tidak
tahu mengucap dan tidak pandai
membaca al-Quran.
Tetapi ustaz dan ustazah hanya pandai
berpolitik di sekolah. Ini dosa siapa? Cuba
tanya diri sendiri, pernahkah ustaz dan
ustazah buat kelas tambahan untuk anak
bangsa sendiri bagi menyelesaikan
masalah ini? Tidak perlulah mencari
kesalahan orang lain kalau
tanggungjawab sendiri pun kita abaikan.
Kalau mahu wujudkan negara Islam kita
mestilah Islam diri kita dahulu, lepas itu
Islamkan keluarga kita, kemudian
masyarakat seterusnya negeri dan akhir
sekali barulah Islamkan negara.
Ummah mantap negara kuat. Bila kita
kuat tidak ada isu murtad, isu kalimah
Allah, isu buang kepala babi di kawasan
masjid, isu memprotes suara azan dan
akhir sekali tidak akan ada isu
mengkristiankan umat islam.
Sejarah telah memberi banyak pengajaran
dan tidak pernah menipu kita.
Lee Kuan Yew, PM Singapura pertama
sanggup masuk kampung Melayu dan
pakai songkok bagi mendapat sokongan
orang Melayu untuk Singapura berpisah
dengan Malaysia.
Akhirnya Melayu dapat hampas saja. Di
Selangor DAP sanggup masuk masjid
untuk menunjukkan mereka boleh
membela Islam dan melayu.
Maka orang Melayu pun tersengeh
termasuklah yang pakai serban dan
berjanggut. Tetapi DAP kata orang Melayu
sudah masuk perangkap.
Ekonomi dalam genggaman. Kuasa politik
sebelah tangan. Pulau Pinang sudah
tumbang. PKR dan Pas masih berangan-
angan.
Percayalah bangsaku. DAP tidak pernah
jujur dengan kita. Mereka ada muslihat.
Mereka nak ubah seluruh sistem
pemerintahan negara supaya
menguntungkan mereka. Mereka tidak
mahu emas. Mereka tidak mahu jambatan
terpanjang. Mereka tidak mahu
universiti. Mereka tidak mahu bangsa
mereka ramai menjadi jutawan. Tetapi
yang mereka mahu ialah Tanah Melayu,
kuasa politik dan ekonomi orang Melayu.
Mereka nak buang Perlembagaan yang
ada. Mereka mahu jadi perdana menteri.
Mereka nak hapus sistem beraja. Mereka
nak rampas semua hak orang melayu.
Sebab mereka tahu Melayu bodoh. Wahai
bangsaku cuba bayangkan kalaulah orang
Cina berada di tempat kita. Adakah
mereka akan buat seperti PKR dan Pas
buat sekarang. Jangan harap!Luahan hati -
GELORA LANGKAWI
Bukit Tinggi, Baling
Disinilah masaalah nya yg amat bermasaalah, bukan sahaja berlaku didlm jabatan perguruan.. tetapi juga dlm jabatan jabatan yg lain.  Kita menulis ini bukan utk menghina atau merendahkan martabat guru.. jauh sekali.  tetapi andai difikirkan secara logik mengapa seorang guru yg diberikan tanggungjawab utk mendidik anakbangsa boleh berfikiran sebegitu? sedangkan mereka ini telah hidup senang, tidur lena, Rumah dan kereta besar.. dan bermacam kemudahan yg diperolehi.. apakah mereka ini tidak punya niat serta tanggungjawab sebagai pendidik yg ikhlas?  apakah hanya sebagai jalan terakhir sebagai kerjaya atau sekadar tangkap muat sahaja. Kekadang kita keliru dgn situasi sebegini yg kini seolah telah menjadi satu trend. Mengapa mereka perlu bermusuhan dgn kerajaan yg memberikan mereka kemudahan, kesenangan, jaminan? Apakah mereka ini tidak tahu utk berterima kaseh.. atau sekurang kurangnya menyelami siapakah diri mereka yg sebenarnya. Jika mereka yg punya niat dan hati yg benar benar ikhlas dlm perjuangan utk mendidik anak bangsanya.. tidak punya peluang sebegini.. tetapi pada yg punya peluang.. disia siakan pula. Mungkinkah ini akibat resapan anarki - anarki hasutan semasa berada di kolej dan universiti dahulu?  mungkin ya..  jadi disini Kementerian pendidikan harus mengambil langkah yg sewajarnya utk membendung perkara sebegini.. Atau berikan sahaja kepada yg benar - benar berkelayakan. Bila keadaan sebegini berterusan.. dikhuatiri ramai nti anak anak yg masih mencari ilmu dan belajar erti kehidupan akan dijadikan pelapis mereka kelak.. Ini telah berlaku dikebanyakan pusat - pusat tahfiz persendirian.

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.