KUALA LUMPUR: Malaysia perlu
melahirkan lebih ramai penggodam
beretika sebagai langkah keselamatan dan
waspada daripada bahaya pencerobohan
maklumat dalam dunia siber.
Dekan Institusi Informasi dan Teknologi
Malaysia (MIIT) Universiti Kuala Lumpur
(UniKL), Prof Dr Roslan Ismail, berkata
sebagai pengguna komputer, mereka
mesti mempelajari teknik pencerobohan
bagi mengetahui langkah pencegahan dan
perlindungan terbaik.
“Penggodam beretika yang mahir mampu
menyelaras dan melakukan pemeriksaan
menyeluruh kepada sistem rangkaian
komputer, termasuk internet dan aplikasi
komputer di samping mengenal pasti
sekiranya terdapat kecelusan.
“Kepakaran penggodam beretika penting
sebagai kawalan keselamatan sistem
maklumat sesebuah institusi bagi
memberi nasihat dan memperbetulkan
kelemahan yang dikenal pasti,”
Ψ∵Banyak sekali yang mendefinisikan hacker,
hampir semuanya berkaitan dengan
kemahiran teknikal serta kegemaran
menyelesaikan masalah dan mengatasi
keterbatasan. Istilah hacker timbul dari
anggota budaya bersama suatu komuniti
yang terdiri dari para programmer mahir
dan ahli jaringan, sejarahnya bermula dari
dekad minikomputer pertama yang memiliki
time-sharing dan zaman eksprimen awal
ARPAnet.
Hacker yang membangun internet, hacker
yang membuat sistem operasi Unix menjadi
seperti sekarang, hacker yang
mengoperasikan Usenet, hacker yang
membuat World Wide Web berjalan. Pada
artikel ini, kami menguji teori bahawa
kebenaran adalah lebih baik daripada
fiksyen dengan memperkenalkan anda
kepada sepuluh daripada hacker yang paling
terkenal, baik yang jahat mahu pun yang
heroik. Terserahlah kepada anda untuk�
memutuskan sendiri samada mereka ini
hacker yang baik atau pun sebaliknya.
Black Hat Crackers
Internet penuh dengan hacker, cracker atau
yang dikenali sebagai “ Black Hat , “Yang
bekerja untuk mengeksploitasi sistem
komputer. Mereka adalah orang-orang yang
anda lihat di berita, diseret pergi selama
cybercrimes. Sesetengah daripada mereka
melakukannya untuk bersenang-senang dan
rasa ingin tahu, sementara selebihnya utk wang.
Lin Mun Poo, 32, penggodam Malaysia
didakwa menceroboh dalam US Federal
Reserve Bank of Cleveland and FedComp,
kedua-dua ialah US Corporations utama
yang memproses transaksi kewangan untuk
kad kredit.
Dia ditahan pada 21 Oktober lalu selepas
memasuki Amerika Syarikat dihadapkan di
mahkamah juri, semalam.Beliau dituduh
atas kesalahan menggodam Bank Pusat AS
di cawangan Cleveland, Ohio dalam
beberapa serangan menggodam untuk
mencuri lebih 400,000 nombor kad kredit.
Beliau juga didakwa kerana memecah
beberapa sistem pertahanan komputer di
negara itu.
Poo yang kini dalam tahanan untuk
perbicaraan dikatakan amat cemerlang
dalam kerjayanya di beberapa institusi
kewangan, mengambil kontrak untuk
mengukuhkan sistem pertahanan
komputer, termasuk menjual dan
memperdagangkan maklumat ,” kata
pejabat Peguam Negara AS.
Pasukan Perkhidmatan Perisikan Amerika
memberkas Poo yang berusia 32 tahun itu
beberapa jam selepas tiba di Lapangan
Terbang Antarabangsa John F Kennedy di
New York.
“Ejen perisikan merampas komputer bimbit
Poo yang mengandungi ribuan data akaun
kewangan dan maklumat peribadi yang
dipercayai diperolehnya menerusi kegiatan
penggodaman,” katanya.
Ketua Perkhidmatan Perisikan Amerika,
Brian Parr, berkata antara kegiatan Poo
yang dikesan ialah memecah masuk sistem
pertahanan kontraktor Pentagon yang
‘mengandungi maklumat logistik ketenteraan
yang amat sensitif’.
Kevin Mitnick
Inilah legenda hidup yang benar-benar
mantop dalam dunia hack.
Antara yang dia lakukan:
Mengkaburi FBI
Hacking kedalam DEC system (Digital
Equipment Corporation)
Mendapatkan password administrator
dalam satu komputer IBM supaya menang
perjudian.
Hacking Motorola, NEC, Nokia, Sun
Microsystems dan Fujitsu Siemens systems
Dan masih banyak lagi kelakuan dia yang
luar biasa.
Seorang white hat hacker pun yang
bernama Tsutomu Shimomura pun dihack
komputer sistemnya oleh Kevin, dan
terjadilah perang hacker . Dia ditangkap
oleh FBI dengan bantuan Tsutomu
Shimomura yang mengesan jaringan HP
yang dibawa Mitnick saat itu. Tapi sekarang
dia sudah insaf dan menjadi seorang
penulis buku, konsultan security, dan
pemudahcara.
inilah Tsusomu Shimumora, individu (hacker)yg bertanggung jawab membantu pihak FBI utk menjejaki serta menangkap Kevin mithnick.

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.