Peniaga Cina mula terasa
bahang - Boikot perkauman
lembapkan pembaharuan
ekonomi, kata pakar
perniagaan!
※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※Pertubuhan Melayu telah
memanggil untuk memboikot perniagaan
Cina.
Kempen memboikot barangan pengguna
daripada peniaga kaum Cina akan
membantutkan perancangan transformasi
ekonomi kerajaan, kata pemimpin korporat
dan pakar ekonomi.
Dewan Perniagaan Melayu dan Cina,
disamping pakar ekonomi Dr Yeah Kim
Leng menekankan ketegangan perkauman
akan menakutkan pelabur luar negara,
walaupun keluaran dalam negara kasar
(KDNK) berkembang pada 4.1 peratus
dalam suku tahun pertama, rekod paling
rendah dalam tempoh suku kesembilan
sebelum ini.
Pengarah urusan Tabung Kewangan
Antarabangsa (IMF) Christine Lagarde
dilaporkan melahirkan kebimbangan
November lalu terhadap aliran masuk
pelaburan luar negara (FDI) ke Malaysia,
hutang awam yang tinggi dan risiko
ketidaksamaan pendapatan.
“Kita perlu lihat terhadap impak
keseluruhan gesaan boikot tersebut,” kata
Setiausaha Agung Dewan Perniagaan
Melayu Malaysia(DPMM) Hanafee Yusof
kepada The Malaysian Insider semalam.
“Mereka tidak boleh lakukannya
berdasarkan sentimen... dalam ekonomi,
kita bergantung antara satu sama lain,”
tambah beliau.
Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr
Zeti Akhtar Aziz dilapor berkata kepada
agensi berita nasional Bernama pada Rabu
lalu permintaan domestik yang kukuh akan
terus menjadi “pemacu utama
pertumbuhan”, disokong oleh
perkembangan sektor swasta yang
berterusan dan disokong oleh sektor
awam.
Pakar ekonomi Datuk Dr Mohamed Ariff
Abdul Kareem, yang merupakan bekas
pengarah eksekutif Institut Penyelidikan
Ekonomi Malaysia (MIER), berkata bulan
lepas pertumbuhan ekonomi negara
dijangka sederhana kepada 5 peratus
tahun ini daripada 5.6 peratus tahun
lepas, disebabkan oleh faktor luaran
seperti krisis zon di Eropah.
Pertumbuhan ekonomi di rantau Asia-
Pasifik dijangka melonjak kepada enam
peratus tahun ini, daripada 5.6 peratus
pada 2012, ia lebih perlahan daripada
kadar pertumbuhan purata sebanyak 8
peratus sebelum krisis kewangan global
yang melanda pada tahun 2008, kata
Pertubuhan Ekonomi Bangsa-bangsa
Bersatu Ekonomi dan Suruhanjaya Sosial
bagi Asia dan Pasifik bulan lepas.
Hutang negara juga mencecah kepada 53
peratus KDNK — menghampiri siling 55
peratus — naik daripada 43 peratus pada
tahun 2008.
Tan Poh Seng, yang merupakan salah
seorang ahli lembaga dalam Dewan
Perniagaan Cina (ACCCIM) menggesa
semua ahli politik untuk melihat ke
hadapan dan bukan sebaliknya masih
mempertikaikan tentang keputusan pilihan
raya buruk yang tidak dijangka bagi Barisan
Nasional (BN) pada 5 Mei lalu.
“Mereka yang berada politik perlu pandang
ke depan dan fokus kepada ekonomi,” kata
Tan kepada The Malaysian Insider.
“Beliau perlu memberitahu NGO tersebut
yang mahu memboikot kami supaya tidak
lakukannya,” kata Tan lagi yang merujuk
kepada Menteri Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK) Datuk Hasan Malek.
Menteri Kabinet baru itu Sabtu lalu berkata
Putrajaya tidak menyokong gesaan badan
bukan kerajaan (NGO) dan blogger pro-BN
yang melancarkan kempen memboikot
perniagaan Cina tetapi tidak mampu
menghalang mereka daripada meneruskan
kempen tersebut.Baru-baru ini selepas berakhir pilihan raya
umum ke-13 (PRU13), beberapa NGO
Melayu termasuk Persatuan Pengguna
Islam Malaysia (PPIM) secara terbuka
menggesa memboikot perniagaan Cina,
kempen tersebut kemudiaannya semakin
meluas di kalangan blogger pro-BN.
Antara blogger yang sudah memulakan
kempen memboikot tersebut adalah The
“Thirteen million plus Ringgit” guy rambles,
Gerakan Anti PKR, House PK, Another Brick
in the Wall dan The Unspinners.
Gesaan itu dibuat untuk “menghukum” DAP
dengan beberapa pemimpin Umno
menuduh parti tersebut telah menghasut
pengundi Cina, kaum minoriti yang
berpengaruh dari segi ekonomi itu.
Ketua Ekonomi RAM Holdings Yeah
mengatakan memboikot sesetengah kaum
akan menyebabkan polarisasi lebih besar
di negara ini dan boleh menjejaskan aliran
FDI.
“Ia bukan sahaja memberi impak kepada
negara, tetapi pelabur berpotensi juga
akan menimbang semula isu perkauman
sebegini dalam pasaran dan perniagaan,”
kata Yeah kepada The Malaysian Insider
semalam.
“Kesannya ia akan melembapkan
pendapatan negara, melembapkan
pertumbuhan, menyebabkan banyak
peluang kerja hilang,” tambahnya lagi.
Pertikaian dan langkah menyalahkan
pengundi masyarakat Cina bermula apabila
Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk
Seri Najib Razak, menggunakan istilah
“tsunami Cina” selepas keputusan pilihan
raya menunjukkan BN kekal berkuasa
tetapi prestasi merosot, apabila
memenangi hanya 133 daripada 222 kerusi
Parlimen.
**************************
6 ulasan:jonnyszetalk 20 Mei 2013 11:16
PTG
Macam² la alasan..itu la ini
la..ok..apasal masa DAP kempen
boikot barangan FELDA tu..tak dak
pulak keluar alasan² gini..kesan ini
la itu la..banyak songeh la pulak.
Burn 20 Mei 2013 11:23 PTG
"ini kali lah" Melayu akan berusaha
ambil alih ekonomi Malaysia dari
puak kiasu Cina.
Nak jadi apa...jadilah.
redbox 20 Mei 2013 11:33 PTG
aku mmg dah lama boikot old town
w/pun aku rasa teringin. hehe. x
pe..x mati pon x makan kat sana..
tobeng 20 Mei 2013 11:34 PTG
Cina dah lama boikot produk
Melayu,rilek aje.Melayu baru
belajar nak boikot barangan
cina,cina dah bising?Inikan negara
demokrasi,suka hatilah nak beli
dari siapa?
Cina yg suka main api kenapa
Melayu yang hendak
dipersalahkan?Kalau dah suka
sangat bermain api biarlah sama2
terbakar,ye tak?
Fendi Samad 20 Mei 2013 11:40
PTG
Ai hak pengguna memilih apa nak
dibeli pon nak takut?? Bukan
mereka dah amalkan sebelum ni??
rasdan rahmat 20 Mei 2013 11:40
PTG
bila kita nak boikot barang cina
macam alasan dia nak kata..masa
nak sokong nuar tumbang kerajaan
buat huru hara ramai perniaga
melayu kat jalan tar tak dapat
niaga dia tak cerita...teruskan

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.