1-Siapakah yg mengutarakan pekerja asing masuk?
2-Siapakah yg beriya mahu kan pekerja asing?
3-99.9% PEKERJA ASING BERKERJA DIMANA?
4-SIAPAKAH YG MEMBERIKAN HABUAN / RASUAH UTK MEMBAWA PEKERJA ASING MASUK?
5-Siapa yg mendesak, menghasut supaya pekerja asing dibawa masuk.SEbenarnya tuan -tuan, Pekerja asing ini. masuk atas permintaan siapa dulu?  Mereka memang telah merancang perkara ini dri dulu.. mereka merasuah pegawai, menteri utk membenarkan pekerja asing dibawa masuk dgn alasan tenaga pekerja tempatan tidak mencukupi, pemalas, dan macam macam lagi.. Sebenarnya ini permainan mereka utk memukul kerajaan dari belakang.. Mereka menggunakan isu pekerja asing berkaitan kadar inflasi, kenaikan barang, pembantutan pekerja mahir, kadar lemah kenaikan gaji pekerja tempatan. Bagi yg bekerja di syarikat swasta pasti tahu bagaimana begitu teruk dekriminasi mereka terhadap pekerja tempatan khususnya melayu.. pasti anda setuju. Bagi yg bekerja di kilang. pasti anda tahu bagaimana keadaannya yg sebenar.. Isu inilah yg mereka bawa, uar uarkan pada masyarakat tentang keburukan kerajaan..padahal semua ini adalah berpunca dari mereka.. yg sememangnya telah dirancang awal..Mereka meminta pekerja asing -→utk memenuhi sektor sektor industri -→mereka bermain  dekriminasi dgn pekerja tempatan -→pekerja tempatan merasakan tidak kepuasan hati →disini mereka mula menyalakan api →mereka membangkitkan isu kelemahan lonjakan ekonomi serta kenaikan harga barang dan isu gaji minimum →mereka menghasut rakyat utk mempersalahkan kerajaan. inilah betapa bijaknya permainan mereka yg telah dirancang lama dulu.. Natijah nya: dgn gaji pekerja asing yg rendah, tiada alasan bagi mereka utk mengambil pekerja tempatan yg rata rata melayu dgn gaji yg tinggi..disinilah mereka mulakan permainan ini. Dibawah ini adalah perkara yg selalu mereka bawakan, uar uarkan pada rakyat.. cuba anda fikirkan secara logik akal sebagai musuh.. ↯↓↓************************* Malaysia Harus Belajar
Daripada Korea Selatan Yang
GDP Hanya 1/3 GDP Malaysia
Sebelum 1970 Kini 3 Kali Ganda
GDP Malaysia. Malaysia harus
belajar daripada Korea Selatan
yang GDPnya hanya 1/3
Keluaran Kasar Negara atau
GDP Malaysia sebelum 1970,
kini 3 kali ganda GDP Malaysia.
GDP per capita sekarang pun
lebih dua kali ganda Malaysia
kerana penduduknya 49 juta
jauh melebihi 27 juta rakyat
Malaysia. Malaysia tidak boleh
bergantung kepada alasan
mudah kegagalan menandingi
Korea Selatan adalah kerana
penduduk Malaysia jauh lebih
besar. Salah satu punca utama
kebangkitan ekonomi Korea
Selatan adalah penekenan dan
tumpuan kepada bakat-bakat
dan pembangunan sumber
manusia. Inilah perkara yang
cuba ditutup bahawa kegagalan
dasar ekonomi adalah
kegagalan satu dasar
pelaksanaan dasar sumber
manusia yang mementingkan
pekerja dan produktiviti.
Kegunaan pekerja asing dengan
kadar gaji yang murah
mencacatkan kenaikan gaji
selaras dengan peningkatan
produktiviti dan penyelidekan
dalam teknologi tinggi. Lagipun
latihan semula diberikan bukan
kepada pekerja tempatan tetapi
pekerja asing yang merugikan
negara. Kesannya, para pekerja,
sama ada kolar biru atau kolar
putih, terpaksa menanggung
beban kesan negatif ekonomi
seperti kenaikan harga barang
dan perkhidmatan, kedudukan
gaji tidak berganjak serta
masalah-masalah sosial yang
berlaku akibat keadaan semasa.
Laporan terbaru Bank Dunia
mengenai Malaysia
mengesahkan aliran keluar
negara cerdik pandai atau
“brain drain” menunjukkan
Malaysia kehilangan bakat dan
pakar yang mampu
meningkatkan kemajuan
ekonomi, taraf hidup dan
kemakmuran rakyat. Adalah
dianggarkan 2 juta rakyat
Malaysia telah berhijrah ke
Negara lain sejak Merdeka
kerana tidak dapat peluang
yang sama rata. DAP kecewa
dengan reaksi Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak yang
menolak laporan Bank Dunia
dengan mendakwa “brain drain”
bukan punca masalah ekonomi
dan pelaburan negara; malah
beliau dengan bangga
mengatakan aliran masuk
pelaburan telah meningkat
enam kali ganda tahun lalu
berbanding 2009. Menurut
Laporan Bank Dunia, “One out
of 10 Malaysians with a tertiary
degree migrated in 2000 to an
OECD (the club of rich
countries, but which does not
include Singapore) country –
this is twice the world average
and including Singapore would
make this two out of 10. ”In
other words, it is very likely
that 20% of our best graduates
end up in other countries. The
reasons why they leave are also
instructive: 66% cited career
prospects, 60% social injustice
and 54% compensation.”
Sungguhpun ketidakadilan social
dan dasar-dasar diskriminasi
membawa kerugian kepada
Negara, tidak ada sebarang
tindakan diambil oleh pihak
kerajaan BN. Lihatlah negeri
Sabah dan Sarawak yang
merupakan fixed deposit atau
simpanan tetap BN yang paling
miskindan susah sekali. Sabah
memiliki 42.9% daripada kadar
kemiskinan Negara diikuti oleh
Sarawak sebanyak 12%. Dengan
kehilangan 20% daripada
golongan pintar kita. sebaliknya
Malaysia mendapat lebih 2 juta
warga asing yang bekerja di
negara ini, di mana 60% hanya
kelulusan sekolah rendah dan
tentunya tidak mempunyai
kemahiran tinggi. Dengan kata
lain, tidak hairan mengapa
Malaysia tidak dapat mengecapi
kemajuan ekonomi yang cergas
berbanding dengan Negara
jiran, bila Malaysia kehilangan 2
juta rakyatnya berkemahiran
tinggi yang digantikan dengan
pekerja asing yang 60% adalah
berpendidikan rendah. Keadaan
yang tidak seimbang ini
memberi kesan negatif kepada
rakyat Malaysia. Tetapi kerajaan
BN lebih berkemahiran main
politik perkauman daripada
menarik balik aliran bakat atau
pintar ini. Yang menghairankan,
jika begitu hebat kejayaan
ekonomi Malaysia, mengapa
inflasi dan tekanan kos
kehidupan semakin meningkat?
Semua orang tahu hari ini
harga ikan, ayam, daging, sayur,
the tarik, nasi lemak, roti canai,
susu tepung dan sebagainya
melambung berbanding satu
atau dua tahun yang lalu.
Malah, apabila nilai Ringgit
semakin kukuh – yang bererti
Malaysia sepatutnya dapat
mengurangkan daya saing
industri eksport dan
mengurangkan kadar inflasi
kerana barangan import
menjadi lebih murah – tidak
nampak pula sebarang tanda
harga barang dan perkhidmatan
turun. Kerajaan Pusat
mengumumkan kadar inflasi
negara sejak tiga bulan lalu
berada pada tahap 2.8 peratus
tetapi setiap rakyat Malaysia
yang gigih berusaha mencari
nafkah untuk keluarga sedar
bahawa harga barang bukan
sahaja tidak turun, malah
semakin melambung tinggi.
Yang sekali lagi menghairankan
kita semua, di mana perginya
wang hasil pelaburan yang
dikatakan meningkat enam kali
ganda itu? Sudah tentu ada
yang tidak kena. DAP telah
banyak kali menyuarakan usaha
supaya gaji dan pendapatan
pekerja diberi keutamaan dalam
dasar kerajaan. Malah bersama
dengan PAS dan PKR melalui
Pakatan Rakyat, DAP telah
berikrar untuk melaksanakan
dasar gaji minimum yang adil
mengikut keperluan dan
kemampuan ekonomi negara
bagi melonjakkan keluar para
pekerja yang berada di bawah
garis kemiskinan. BN pun
mengaku mahu melaksanakan
dasar itu tetapi sampai hari ini,
ia masih di peringkat kajian.
Tidak pasti sampai bila para
pekerja perlu menunggu hasil
kajian itu. Sehubungan dengan
itu, DAP merayu kepada semua
pekerja di Malaysia tanpa
mengira sektor, kaum, agama
dan jantina supaya berada
bersama dengan Pakatan
Rakyat untuk mengirak langkah
“ubah” bagi memulihkan
kembali ekonomi negara yang
telah dicacatkan oleh BN.
Melalui Pakatan Rakyat, kita
mampu untuk mengembalikan
maruah ekonomi negara melalui
usaha meningkatkan taraf hidup
pekerja, berkongsi kemakmuran
negara dan hidup aman
harmoni dalam suasana yang
stabil dan selesa. Utusan Hari
Pekerja 2011 Setiausaha-Agung
DAP Dan Ahli Parlimen Kawasan
Bagan Lim Guan Eng Di
Ibupejabat DAP Di Kuala
Lumpur Pada 1.5.2011

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.