Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia
Malaysia, SKMM mengingatkan orang ramai
agar tidak terpedaya dengan sindiket
penipuan yang menggunakan emel bagi
memerangkap mangsa.
Antara yang paling popular ialah "email
penipuan Nigeria" yang kini semakin rancak
beroperasi menggunakan identiti warga
tempatan.
Modus operandi mereka termasuk,
menggunakan alamat email palsu dengan
cara bercerita tentang musibah dan
seterusnya merayu bantuan kewangan
daripada mangsa untuk disalurkan menerusi
akaun palsu.
Menurut Ketua Komunikasi Strategik SKMM,
Sheikh Raffie Abdul Rahman, sindiket
terbabit kini berani menggunakan nama
rakyat Malaysia terutama di kalangan
individu yang popular, termasuk ahli politik,
personaliti dan ahli korporat.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar
tidak memapar atau memanjangkan e-mail
yang meragukan kepada individu lain kerana
tindakan itu merupakan satu kesalahan
mengikut Akta Komunikasi Dan Multimedia
1998.

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.